.
Booking.com

Monday, August 1, 2011

TOLONG SELAMATKAN ANAK JAGAAN KAMI - Rumah Amal Suci Rohani

Rumah Amal Suci Rohani - sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim, miskin dan 8 
asnaf di Petaling Jaya, Selangor, sangat memerlukan bantuan. Kami menjaga 
anak-anak istimewa seperti anak-anak dyslexia (sukar membaca), anak yang sakit 
kronik, juga menaungi beberapa pesaki kronik dewasa yang lain (sila layari 
http://www.rumahamalsucirohani.webs.com untuk keterangan lanjut).

Antara kes yang terkini ialah adik  Ummu Hani, 2 tahun, yang merupakan seorang 
pesakit kronik buah pinggang.  Sudah dikesan sejak usia 8 bulan, dan sudah masuk 
wad beberapa kali,  makan bermacam-macam ubat tetapi tidak bertambah baik, malah 
semakin  kronik. Sudah juga mencuba perubatan homeopathy tetapi tidak berhasil  
juga. Seluruh badan dan mukanya bengkak, matanya tertutup kerana terlalu  
bengkak, perutnya membusung bagaikan mengandung 9bulan!

Dia kini dihantar  ke sebuah pusat rawatan alternatif dan rawatannya dijangka 
akan memakan sedikit masa. Moga2 dia ada peluang untuk sembuh dan terus hidup 
seperti akanak-kanak normal yang lain. Sehubungan  ini, kami memohon bantuan 
daripada masyarakat sekalian untuk menyumbang  bagi membantu kami mengendalikan 
kes2 seumpama ini. Sumbangan anda boleh menyelamatkan nyawa mereka yang kurang 
bernasib baik ini. Atau paling tidak, ia dapat memberikan sedikit keselesaan dan 
pembelaan kepada mereka yang akan pergi meninggalkan dunia ini.

Sebarang sumbangan, boleh dibank in dalam akaun PERKHIDMATAN SUCI ROHANI, CIMB 
1229 0000 765 103. Sebarang pertanyaan, boleh call/sms saya, Puan Nadia Ismail 
di talian 019-5527528 atau email sucirohani2010@yahoo.com. Terima kasih.

Rumah anak kesayangan

Assalamualaikum....

 

saya puan Roslina Sulaiman merupakan pengurus Rumah anak kesayangan... Rumah anak kesayangan ini menaungi anak-anak yatim fakir miskin dan asnaf zakat...

jadi saya disini meminta jasa tuan untuk memasukkan alamat blog http://rumahkesayangan.blogspot.com/ kami ke senarai web rumah anak yatim tuan...

 terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan yang bakal diberikan.... segala jasa baik tuan hanya Allah yang dapat membalasnya,

 

sekian, terima kasih.

 

yang Ikhlas,

 

Roslina Sulaiman

Aktiviti Bulan Ini