.
Booking.com

Tuesday, March 29, 2011

Saturday, March 5, 2011

Mohon Bantuan Rumah Amal Suci Rohani WP Labuan

Askm. Saya Puan Nadia Ismail, penggerak rumah amal Suci Rohani yang baru sahaja beberapa bulan ditubuhkan di WP Labuan. Inilah rumah amal utk anak yatim/miskin/terbiar yg pertama di Labuan.Ia adalah tuntutan fardhu kifayah. Pada mulanya saya menyewa sebuah rumah yang lengkap dgn perabot. Walaupun sewanya rm4200, saya ambil rumah itu kerana di waktu itu ada penyumbang tetap yang sanggup bantu membayar sewa, Namun, takdir telah menentukan yang penyumbang tersebut telah meninggal dunia. Dialah yg banyak membantu rumah ini.

Kami pun berpindah ke sebuah rumah yg lain, sebuah banglo lama dgn sewa rm2200 (utk pengetahuan, sewa rumah di Labuan memang tinggi). Keadaannya hampir tidak berperabot dan agak dhaif. Anak-anak tak ada katil dan tilam. Mereka hanya tidur atas tilam toto. Hanya ada satu almari pakaian. Rak buku, meja tulis dll lagilah tak ada. Ruang tamu/solat terlalu sejuk simennya, tak ada carpet. Bekalan air selalu terputus - kena pasang tangki tambahan tapi belum ada peruntukan

Hari raya sudah menjelang tiba, anak-anak ini masih tak ada sebarang persiapan raya, sudahlah rumah serba kekurangan. Saya harap pihak tuan/puan boleh membantu, agar mereka dapat merasakan sedikit nikmat berhari raya.

No Akaun Rumah Amal Suci Rohani 'PERKHIDMATAN SUCI ROHANI', CIMB 12290000765103.

SIla layari website Rumah Amal Suci Rohani ini di https://sites.google.com/site/sucirohani1/

Rumah Amal Permata Hatiku

Rumah Amal Permata Hatiku, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Nama : Rumah Amal Permata Hatiku
Alamat : No. 413, Lorong Hj Idris, Batu 4 1/2, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur. WP
No.Tel / Faks : 03-40212795
Pengurus : En.Dhiyauddin Abd Rahman : 019-9277113
Timb.Pengurus : Pn.Siti Maryam : 013-9962807
Email : permata.hatiku10@gmail.com
Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)

Berkenaan perkara diatas, saya dengan rendah diri ingin menarik perhatian pihak Tuan/Puan,

2. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Rumah Amal Permata Hatiku (RAPH) ialah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan untuk anak yatim, asnaf zakat dan golongan yang memerlukan . Baru bermula pada 25 JULAI 2010 dengan jumlah anak-anak seramai 20 orang terdiri dari umur 8 tahun hingga 19 tahun.

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kami memberikan khidmat ini adalah secara percuma, sukarela dan sepenuh masa demi memastikan golongan yang memerlukan bantuan ini terbela, bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya.

4. Oleh itu pihak kami memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai golongan dalam melaksanakan amanah ini, justeru itu kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan atau bantuan zakat dari pihak Tuan/Puan.

5. Marilah sama-sama kita menanam saham akhirat dengan kita memberi khidmat, memberi hiburan, keperluan dan kemudahan kepada golongan tersebut, moga-moga Tuhan akan menghiburkan kita di akhirat kelak. Amin.

Segala bantuan dan kerjasama yang pihak Tuan/Puan berikan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Pamplet: Depan | Belakang

Badan Amal Negeri Sembilan

Badan Amal Negeri Sembilan
No Tel:066014040
No hp:0122793598(Us Shukri)
0189093210(Ustz Rohaya)
City:Seremban
State: Negeri Sembilan
Country: Malaysia
Zip/Postal Code:70300
Website: http:http://www.BadanAmal.org
Facebook:Badan Amal Asnaf Murni
Listed: January 7, 2011 11:34 am
Expires: 389 days, 20 hours

(Sumabangan Anda Diperlukan)

Badan Amal ini sangat mengalu-alukan semua pihak samada badan korporat atau individu untuk turut sama menanam saham dalam beramal jariah membantu kami menguruskan Badan Amal ini.
”Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”. maksud hadis
Antara bantuan yang sangat-sangat diperlukan ialah:

1.Sumbangan kewangan yang mencukupi untuk overhead bulanan.
(wang tunai/cek/zakat)
2.Sumbangan barangan atau makanan setiap bulan.
(Tepung,beras,minyak,gula,susu,ikan, ayam,sayur-sayur)
3.Tajaan yuran persekolahan dan yuran tusyen.
4.Sebuah kenderaan.
(van 15seater,kereta,motor,bas mini)
5.Peralatan Eletrik.
(air cond,kipas,mesin basuh,peti ais,televisyen, komputer, dll)
6.Peralatan bakery.
(Oven,chiller,mixer,microwave)
7.Peralatan Rumah.
(perabut,katil,sofa,tilam)


Sebarang Pertanyaan:
Asnaf Murni
No.Akaun:162759033354
Asrama Puteri & Pejabat Urusan:
No 18 Jalan RK 6/1
Rasah Kemayan, Seremban 2 ,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
Tel/ Faks:-066014040
E mail:BadanAmalAsnafMurni@gmail.com

PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL HASHIMI

Kepada sesiapa yang berkenaan,

MOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL HASHIMI KG. KOLAM, 06100 KODIANG, KEDAH DARUL AMAN YANG BERNAUNG DIBAWAH YAYASAN KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA

Adalah dengan sukacitanya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Semarak Kasih Al Hashimi (PPSKA) adalah sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi 150 orang (seratus lima puluh) pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan sama ada peringkat rendah dan menengah.

3. PPSKA bernombor pendaftaran RA0014090-T telah memulakan operasinya pada bulan Mac 2008 di No.4D, Kg.Kolam, Mukim Pering, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman .PPSKA adalah salah satu dari pusat pengajian yang berada di bawah naungan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia YKPPM 4700/90 (SEL).

4. Berikut merupakan tempat-tempat yang dijadikan tempat-tempat latihan dengan kerjasama beberapa buah syarikat swasta, yang terletak di :
Kg. Kolam Mukim Pering, Kodiang Kedah.L
Lot 96, Kg Rama, Simpang Sanglang, Sanglang Perlis.
Jalan Alor Tok Chik, Kg. Teluk Tenggiri, Mukim Padang Perahu, Jitra Kedah.
ATCB 2/21/2 Jalan Alor Tok Chik, kampung Temalang, Mukim Putat.
KG. Meribut, Mukim Pering, Kodiang.

Objektif
Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan dan jasmani bermodalkan cinta dan takut Tuhan
· Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar
· Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya
· Menjadi wadah bagi golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan
Aktiviti & Perkhidmatan
· Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan pelajar.
· Mengadakan kelas fardhu ‘ain, Al Quran, tusyen, khidmat nasihat & motivasi.
· Menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
· Mengadakan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan bereakrasi untuk pengisian rohani dan pembangunan
jiwa mereka.
· Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis rasmi dan tidak rasmi
·Mengadakan aktiviti keagamaan sebagai fardhu kifayah seperti urusan jenazah, tahlil dan sebagainya.

KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN, MAKANAN, PAKAIAN DLL…
MAKLUMAT LANJUT HUBUNG:
Website:www.semarakkasihalhashimi.com

RUMAH AMAL SEMARAK KASIH AL-HASHIMI
(PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL-HASHIMI)
(RA0014090-T)

ALAMAT PERHUBUNGAN

NO 4D JALAN KG MERIBUT,
MUKIM PERING
06100 KODIANG,
KEDAH DARUL AMAN.

Tel / Fax

013-2519298 / 018-8720013
Dr (H) Shahariman Mior Hashim

013-2576200
Wan Nor Fauziah Meor Mohamad

013 - 4497144
Puan Amanah

Email

semarakkasih.alhashimi@gmail.com


AMANAH BINTI SENIN
013-4497144

Aktiviti Bulan Ini