.
Booking.com

Saturday, March 5, 2011

Rumah Amal Permata Hatiku

Rumah Amal Permata Hatiku, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Nama : Rumah Amal Permata Hatiku
Alamat : No. 413, Lorong Hj Idris, Batu 4 1/2, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur. WP
No.Tel / Faks : 03-40212795
Pengurus : En.Dhiyauddin Abd Rahman : 019-9277113
Timb.Pengurus : Pn.Siti Maryam : 013-9962807
Email : permata.hatiku10@gmail.com
Akaun Maybank : PENGURUSAN PERMATA HATIKU ( 564221623120)

Berkenaan perkara diatas, saya dengan rendah diri ingin menarik perhatian pihak Tuan/Puan,

2. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Rumah Amal Permata Hatiku (RAPH) ialah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan untuk anak yatim, asnaf zakat dan golongan yang memerlukan . Baru bermula pada 25 JULAI 2010 dengan jumlah anak-anak seramai 20 orang terdiri dari umur 8 tahun hingga 19 tahun.

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kami memberikan khidmat ini adalah secara percuma, sukarela dan sepenuh masa demi memastikan golongan yang memerlukan bantuan ini terbela, bukan sahaja dari sudut materialnya sahaja tetapi yang penting terbela dari sudut pendidikan agama dan insaniahnya.

4. Oleh itu pihak kami memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai golongan dalam melaksanakan amanah ini, justeru itu kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan atau bantuan zakat dari pihak Tuan/Puan.

5. Marilah sama-sama kita menanam saham akhirat dengan kita memberi khidmat, memberi hiburan, keperluan dan kemudahan kepada golongan tersebut, moga-moga Tuhan akan menghiburkan kita di akhirat kelak. Amin.

Segala bantuan dan kerjasama yang pihak Tuan/Puan berikan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Pamplet: Depan | Belakang

0 comments:

Aktiviti Bulan Ini