.
Booking.com

Saturday, March 5, 2011

PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL HASHIMI

Kepada sesiapa yang berkenaan,

MOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL HASHIMI KG. KOLAM, 06100 KODIANG, KEDAH DARUL AMAN YANG BERNAUNG DIBAWAH YAYASAN KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA

Adalah dengan sukacitanya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Semarak Kasih Al Hashimi (PPSKA) adalah sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi 150 orang (seratus lima puluh) pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan sama ada peringkat rendah dan menengah.

3. PPSKA bernombor pendaftaran RA0014090-T telah memulakan operasinya pada bulan Mac 2008 di No.4D, Kg.Kolam, Mukim Pering, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman .PPSKA adalah salah satu dari pusat pengajian yang berada di bawah naungan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia YKPPM 4700/90 (SEL).

4. Berikut merupakan tempat-tempat yang dijadikan tempat-tempat latihan dengan kerjasama beberapa buah syarikat swasta, yang terletak di :
Kg. Kolam Mukim Pering, Kodiang Kedah.L
Lot 96, Kg Rama, Simpang Sanglang, Sanglang Perlis.
Jalan Alor Tok Chik, Kg. Teluk Tenggiri, Mukim Padang Perahu, Jitra Kedah.
ATCB 2/21/2 Jalan Alor Tok Chik, kampung Temalang, Mukim Putat.
KG. Meribut, Mukim Pering, Kodiang.

Objektif
Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan dan jasmani bermodalkan cinta dan takut Tuhan
· Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar
· Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya
· Menjadi wadah bagi golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan
Aktiviti & Perkhidmatan
· Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan pelajar.
· Mengadakan kelas fardhu ‘ain, Al Quran, tusyen, khidmat nasihat & motivasi.
· Menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
· Mengadakan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan bereakrasi untuk pengisian rohani dan pembangunan
jiwa mereka.
· Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis rasmi dan tidak rasmi
·Mengadakan aktiviti keagamaan sebagai fardhu kifayah seperti urusan jenazah, tahlil dan sebagainya.

KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN, MAKANAN, PAKAIAN DLL…
MAKLUMAT LANJUT HUBUNG:
Website:www.semarakkasihalhashimi.com

RUMAH AMAL SEMARAK KASIH AL-HASHIMI
(PUSAT PENGAJIAN SEMARAK KASIH AL-HASHIMI)
(RA0014090-T)

ALAMAT PERHUBUNGAN

NO 4D JALAN KG MERIBUT,
MUKIM PERING
06100 KODIANG,
KEDAH DARUL AMAN.

Tel / Fax

013-2519298 / 018-8720013
Dr (H) Shahariman Mior Hashim

013-2576200
Wan Nor Fauziah Meor Mohamad

013 - 4497144
Puan Amanah

Email

semarakkasih.alhashimi@gmail.com


AMANAH BINTI SENIN
013-4497144

0 comments:

Aktiviti Bulan Ini