.
Booking.com

Monday, December 7, 2009

Rumah Amal Raudhatul Ikhwani

Rumah Amal Raudhatul Ikhwani

Rumah Amal Raudhatul Ikhwani adalah sebuah rumah kebajikan yang diusahakan dengan harapan untuk membela dan mendidik anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat. Dengan itu agar mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang berwibawa untuk generasi masa hadapan. Ia terletak di No. 69, Jalan Makmur, Taman Cemerlang, Tg. Gemok, 26820 Rompin, Pahang Darul Makmur. Menaungi 201 orang terdiri dari anak yatim, asnaf zakat, OKU serta warga emas dan ibu tunggal .

MATLAMAT

Masyarakat yang aman makmur dan harmoni hingga mendapat keampunan Tuhan adalah apabila anggota masyarakat saling berkasih sayang dan bertolong bantu dalam menjaga kehidupan sesama mereka. Mereka tidak mementingkan diri sendiri tetapi sentiasa mencari-cari peluang untuk rasa bersama sehingga melahirkan kerjasama. Sesungguhnya setiap masa dan zaman, Tuhan menyediakan banyak ruang untuk anggota masyarakat dapat bersama dalam menggerak dan menjaga kebajikan dan kemakmuran sesama ahli masyarakat.Yang perlu, hanya kesedaran untuk berkenalan dan berkasih sayang sesama manusia. Agar kita dapat berfungsi sebagai hamba dan khalifah Tuhan yang sejati di mukabumi ini.



GOLONGAN YANG DIBELA

1. Anak-anak yatim dan fakir miskin.

2. Golongan anak-anak istimewa.

3. Golongan orang-orang yang kurang upaya / cacat.

4. Janda dan ibu tunggal.

5. Pelajar-pelajar yang tidak mampu membiayai kos/persekolahan/biasiswa.

6. Sekolah agama yang tidak mendapat bantuan.

7. Musafir

8. Pendakwah yang membela agama Allah.



AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN



1. Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada anak-anak yatim. fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

2. Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan dan bahan-bahan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta kekurangan.

3. Berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang berpenyakit kronik dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.

4. Mengadakan kelas fardhu ain, kaunseling dan motivasi.

5. Menganjurkan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan bereakrasi.
6. Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Abd Aziz bin Bachok 013-6001982
Pn.Rafeah bt. Jamaludin 013-7719243
Pejabat Urusan :
No. 69, Jalan Makmur, Taman Cemerlang, Tg. Gemok, 26820 Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel/Fax : 09-4131394

3 comments:

SupaNoo8 said...

Asslamualaikum tuan moderator,

Saya berminat untuk membantu cause ini. Saya akan membuat program amal yang mana, setiap bulan, pihak saya (www.cupcakeshaven.com) akan menghantar kek harijadi untuk asrama anak-anak yatim (buat masa ini bermula di sekitar Perak).

Kami akan membuat kek-kek tersebut,namun untuk berkongsi amal bersama-sama dengan orang yg berminat untuk mensadqah,maka kami membuat jualan amal, yg mana, kek itu di beli oleh penderma, dan pihak kami yg akan terus menghantar ek tersebut ke rumah anak-anak yatim secara giliran.

Lebih banyak yg di beli oleh penderma, maka, lebih banyak lah kek yang akan di hantar pada mereka-mereka yang bernasib malang ini.

Harap pihak tuan dapat mewar-warkan perkara ini

Firdaus said...

Saya selalu tertanya2 adakah benar bahawa pihak yang menguruskan rumah anak yatim di Malaysia tak kira lah oleh kerajaan atau persendirian benar2 menghantar anak anak yatim ini keluar mengutip derma.

Adakah kanak2 ini betul - betul mewakili mana2 rumah berkenaan atau sebenarnya ada pihak yang mengambil kesempatan atas simpati masyarakat kita..

kalau benarlah mereka menghantar anak2 ini mengutip derma, saya sangatlah sedih kalau pihak kerajaan tidak memandang langsung perkara ini.

sir said...

Saya berumur 24 tahun.Hanya mempunyai kelulusan sekolah rendah,juga seorang pelajar
pondok.Ingin mencari pekerjaan sebagai Tukang Kebun di rumah anak yatim dan
rumah kebajikan di seluruh Malaysia.Harap ada hamba ALLAH S.W.T yang sudi
membantu.Saya tidak mempunyai pengalaman,tetapi sanggup belajar sekiranya
diberi peluang.Saya tidak minta gaji yang besar,hanya tempat tinggal dan
ibadah yang amat saya perlukan.
Hubungi 0128347123

Aktiviti Bulan Ini