.
Booking.com

Sunday, August 3, 2008

Panduan mengurus harta anak yatim

Panduan mengurus harta anak yatim dijelaskan dalam ayat berikut:

“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas berpatutan dan janganlah kamu tergesa-gesa membelanjakannya sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) itu mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan memakan harta anak yatim itu dan barangsiapa (penjaga) yg miskin, bolehlah dia memakan harta itu menurut kadar yg patut…) AQT 4 (an-Nisaa’ : 06)

Tafsir Ibn Jauzi (w. 597H, Baghdad) menjelaskan dalam tafsirnya, maksud makan harta anak yatim dengan berpatutan itu:

1. menggunakannya dengan cara pinjaman (loan)
2. membelanjakan menurut kadar keperluan dan tidak berlebihan

3. menggunakan harta itu setimpal dengan nilai kerja yang dilakukan demi kepentingan anak yatim itu
4. pengurus mengambil dalam keadaan terdesak, apabila ia kelapangan ia memulangkan semula, tapi kalau tidak mampu, maka ia halal.

Begitulah maksud ayat itu dan maksud memakan harta anak yatim oleh pengurusnya. sekian WA

0 comments:

Aktiviti Bulan Ini